melayan karenah

hari nie maklong n family dr ngulang
kak ruby n fmily dr kuala kedah
wa nah n fmily dr langgaq , alor star

mereka semua turun n datang my house tuk bbuka bersama ramai2
lpas bbuka ja semua main n bborak 
so ak terpaksa amik keja melayan karenah bbudak kecik
means under drjh 1 sampai 4thun
seramai 4org kanak yg terpaksa cek layan

atikah
hadif
refa
atirah

bbudak nie sgt puas AKA aktif
huhhh penat ikot

ak terpaksa layan bukak lagu SAYA ANAK MALAYSIA
dan SAAT TERAKHIR-ST12 aka NIKITA


pas dgr lagu nie pix men wc























Tak Salah Perigi Cari Timba

cik timba dan cik perigi


Dr Robiah Kulup Hamzah, pakar motivasi RKH Motivasi Services Sdn Bhd menyatakan wanita memang wajar meluahkan rasa hati tetapi dengan cara beradab. Ia merujuk pada kisah Siti Khadijah r.a yang meminang rasulullah S.A.W. Jika masa dulu masyarakat kita dahulu mengangap wanita memikat lelaki dikatakan perigi cari timba, tetapi pada zaman sekarang kata bidalan itu tidak begitu sesuai kerana kini ramai wanita yang sudah berkerjaya, berfikiran terbuka dan punyai kedudukan. Sekiranya wanita mengambil langkah pertama untuk mendekati si lelaki, maka ia mengurangkan masalah lambat kahwin atau skandal yang tidak halal.
Apa bila timbul perasaan atau desakan mencari pasangan, gunakanlah adab-adab yang baik termasuk penggunaan bahasa yang sesuai, cara penyampaian ayng baik, suasana persekitaran dan penampilan diri menarik. Contohnya, jika anda suka dengan teman sepejabat, tidak perlu terlalu terbuka sehingga orang yang disukai rasa terkejut dan menggelabah.
Elakkan perangai mabuk cinta seperti perbuatan merayu dan memujuk agar lelaki itu menerima cinta anda. Ataupun dia sanggup datang ke rumah lelaki itu demi menunjukkan dia benar-benar sukakannya. Kena ingat, tidak semestinya anda cakap suka, orang itu boleh terima. Oleh itu jangan terlalu mengharap.
Dr. Robiah menyatakan apabila cinta itu ditolak, jangan rasa malu, rasa terhina atau rendah diri. Anggaplah ianya normal. Bersabarlah, beristiqamah dan jangan putus asa. Mungkin pertama kali ditolak tetapi usaha kedua atau seterusnya mungkin berjaya. Orang yang jenis pemalu dan lembut tidak kira lelaki ataupun perempuan yang tidak berani bersemuka boleh minta pihak ketiga untuk mencantumkan dua hati. Cumanya orang ketiga itu hendaklah orang yang boleh dipercayai, pegang amanah, berwibawa, ikhlas dan bukannya secara rasuah.
Cara menggunakan SMS dan surat layang pun boleh digunakan untuk menyampaikan maksud hatinya. SMS merupakan medium yang paling berkesan, cepat dan rahsia. Cumanya perlu berhati-hati dengan penggunaan perkataan supaya wanita itu tidak menampakkan mabuk cinta dan imej peribadi murahan.
Untuk memilih pasangan, pilihlah yang lelaki mempunyai personaliti yang baik dan diyakini. Wanita perlu lihat kekuatan diri dan buat kajian terhadap orang yang disukai sebelum melontarkan perasaannya. Mungkin apabila sudah mengenali lebih dekat, wanita itu tidak suka atau berasa tidak serasi dengan personaliti lelaki itu sebenarnya.
Terdapat 3 jenis cinta iaitu:1. Cinta nafsu – Lelaki menyukai wanita kerana kecantikan fizikal.2. Cinta nak guna – Lelaki mahukan wanita itu kerana kedudukan, kecantikan untuk kepentingan dirinya.
3. Cinta ikhlas – Datang dari hati. Cinta ikhlas ini mewujudkan perasaan debar dan ada kalanya berpeluh-peluh apabila berjumpa, tidak berani bertentang mata dan perbuatan menjadi tidak tentu hala. Ini kerana wujudnya getaran antara dua jiwa.
JANGAN TERLALU MENUNJUK
Dr Ridzuan Noor, pakar terapi aura dan pengasas Aura Harmoni berpendapat sebelum meluahkan perasaan cintanya, wanita perlu lihat pihak lelaki itu. Tidak salah jika wanita memulakan langkahnya memikat lelaki yang disukai kerana ada orang yang tidak tahu dirinya diminati atau tidak berani mengemukakan perasaannya.
Bagi saya, wanita boleh menyatakan perasaannya tetapi tidaklah sehingga dirinya nampak murahan. Kita masih berpegang kepada budaya ketimuran iaitu wanita punya sikap malu dan lemah lembut. Apabila suka dengan si dia, janganlah terlalu menunjuk sangat sebaliknya jaga imej dan maruah diri. Tidak semestinya wanita perlu mulakan bicara cinta agar lelaki itu tahu perasaan yang bersarang di hatinya.
Sebaliknya wanita boleh menggunakan pendekatan seperti mengambil berat dan menunjukkkan kecenderungan minat yang sama terhadap lelaki itu. Apabila sudah rapat dan minda jadi terbuka, lalu mudah untuk bercakap dari hati ke hati. Wanita yang ditolak cintanya perlu berfikiran positif. Biarpun tidak menjadi pasangan, teruskan perhubungan sebagai rakan. Secara tidak langsung lelaki itu akan hormat kepada wanita yang bersikap matang. Mungkin satu hari nanti lelaki itu terbuka hati untuk menerima wanita itu. Hati manusia bukanlah hati batu, lambat laun ia akan cair juga. Jika ada jodoh, tidak kemana, ujar Dr Ridzuan.
Kebanyakan lelaki tidak memilih pasangan disebabkan kecantikan fizikal semata-mata kerana ia tidak akan kekal. Mereka lihat wanita dari segi hati budi dan sikap. Kita kenal dia cara matang dan bukannya cinta monyet. Biarlah perkahwinan yang dibina berkekalan. Lelaki yang matang akan memilih wanita dari segi personalitinya. Kita perlu faham untuk memikat seseorang untuk sementara atau selamanya.
Lelaki biasanya terpikat kepada wanita yang lemah lembut, berbudi bahasa, pemikiran matang. Wanita jenis ini boleh dijadikan kawan dan kekasih. Jika lelaki itu terpikat dengan wanita kerana seksinya, lama kelamaan ia akan menjadi seksa. Ini kerana suami tidak suka isterinya kelihatan seksi di luar rumah. Ia boleh menimbulkan penceraian, ujar Dr Ridzuan yang turut menyatakan selain fahami kelebihan dan kesukaan lelaki itu, wanita perlu minta hajatnya kepada Allah SWT.

rasuk 2011



buruk kan gigi fouziah gous???
sampai 22 org lelaki kt sebelah dia pon terkejut
hehehe
motif sebenar-benarnya bukan nk cerita pasai GG KUNENG & terkejut
aku nak share erita free tuk di tonton (*tapi bukan di tonton.my k)

SINOPSIS

Sebuah kisah seram yang membongkar misteri sebuah banglo Melayu lama. Banglo Melayu yang terbina sejak dari zaman pemerintahan Jepun itu kelihatan indah dan teguh dengan keceriaan penghuni silih berganti tanpa sebarang gangguan sehinggalah dengan kehadiran sepasang suami isteri Arman dan Melati. Arman, seorang pengarah fotografi bersama isterinya Melati, bersetuju untuk mendiami banglo tersebut yang cukup indah dan tenang jauh dari hiruk pikuk kebisingan kota. Misteri bermula apabila Melati secara tidak sengaja telah terlanggar batu tanda yang terletak di kawasan rumah tersebut.
Setelah kejadian itu Melati berada dalam keadaan lemah dan mudah pengsan. Pelbagai kejadian aneh juga berlaku selepas itu. Zaiton, ibu Melati yang datang melawat Melati dan Arman telah meninggal dunia secara mengejut. Kejadian itu benar-benar mengejutkan Melati dan Arman. Peristiwa itu juga umpama menghidupkan sesuatu yang sudah lama 'mati'. Setelah kejadian itu, Melati banyak mengelamun dan berkhayal sendiri. Dia sebenarnya telah dirasuk oleh roh jahat yang cuba untuk membalas dendam yang secara tidak sengaja telah di'bangkit'kan oleh Melati. Keadaan bertambah rumit apabila Melati diganggu makhluk itu semasa ketiadaan Arman. Melati telah di cabul tanpa disedari. Akibat dari itu, Melati tidak bermaya dan tubuh badannya terdapat kesan-kesan lebam. Doktor berpendapat yang Melati miliki dua personaliti yang mana dia mampu mencederakan dirinya untuk kepuasan. Arman sama sekali menyangkal dakwaan itu. Arman yang keliru lalu menuduh semua yang berlaku adalah angkara Mail si tukang kebun. Namun begitu Melati menidakkannya kerana Mail membantunya ketika dia dalam keadaan di'ganggu'.
Mail, tukang kebun yang 'bodoh-bodoh alang' telah lama berkhidmat di rumah tersebut dan tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selepas kejadian itu kehidupan Arman dan Melati diganggu oleh makhluk tersebut. Arman diganggu tanpa disedari apabila makhluk tersebut berupa seperti Melati. Arman terpedaya sehingga mampu meragut nyawanya ketika berada di dalam hutan di belakang banglo tersebut. Arman kemudiannya telah diselamatkan oleh orang asli.
Arman semakin runsing, akhirnya dia dibantu oleh Ustaz Ghazali untuk menyelesaikan gangguan tersebut. Ustaz Ghazali sememangnya sedari awal sudah mengetahui keadaan banglo tersebut melihat kepada hal-hal ganjil yang berlaku terhadap Arman dan Melati. Mail akhirnya membongkar cerita bahawa semasa zaman pemerintahan Jepun, seorang tentera Jepun telah digantung sehingga mati di rumah tersebut kerana cuba menggoda gadis Melayu bernama Melati. Melati berjaya memperdaya tentera Jepun tersebut dengan 'menggoda'nya ke bilik. Di dalam bilik tentera tersebut telah ditangkap dan dibunuh. Sejak dari kejadian itu keluarga Melati tidak tinggal di situ lagi. Akhirnya dengan bantuan Ustaz Ghazali dan berbekalkan ilmu dan ayat-ayat suci Al Quran akhirnya roh jahat yang menganggu tewas.






samat menonton ye....
btw klo dh klik tgk cerita nie jgn lupa tegur @ komen yew...
tenkiu...love uolls~

pontianak kampung batu



Sinopsis
Mira, seorang remaja yang berumur 17 tahun berpindah ke Kampung Batu bersama ibunya Tira untuk tinggal bersama makciknya, Kiah. Banyak kejadian pelik telah berlaku sepanjang mereka berada di sana.
 
 
 
 
samat menonton ye~
pepatah saya biar cerita dh lama janji free watch ok
n not di TONTON

dah tgk jangan malu segan tegur or komen k
love ur watch :)

uitm sesi sept 2011 - jan 2012

huhuhuuuu....
mulanya ak sebagai student baru d UITM ARAU

 apa2 pon berdebar ngn keadaan sana mmg dah
tapi enth la bila tia masa nya nt

nie adalah tentatif AKA tarikh2 penting aku nanti
see ya 

perghhhhhh~
Program Sarjana Muda
Kuliah
12 September - 4 November 2011 (8 minggu)
Cuti Pertengahan Semester + Cuti Hari Raya Haji
5 – 13 November 2011
Kuliah
14 November – 23 Disember 2011 (6 minggu)
Minggu Ulangkaji
24 Disember 2011 – 1 Januari 2012 (1 minggu)
Peperiksaan Dalaman
4 – 22 Januari 2012 (3 minggu)
CUTI SEMESTER
3 Januari – 4 Mac 2012 (6 minggu)
sekian~

Arash Feat. Helena – Broken Angel

xtw kenapa ak suka sgt ngn lagu nie
mgkin sbb arab n english
:)
pa2 pon layan lagu nie k



I’m so lonely, broken angel
I’m so lonely, listen to my heart

من … دوست دارم
به چشمِ من …گریه نده
نه نمیتونم 
بدونِ تو … حالم بده

I’m so lonely, broken angel
I’m so lonely, listen to my heart
One n’ only, broken angel
Come n’ save me, before I fall apart

تو هر جا که باشی…کنارتم
تا آخرش…دیوونتم
تو…تو نمیدونی
که جونمی….برگرد پیشم
I’m so lonely, broken angel
I’m so lonely, listen to my heart
One n’ only, broken angel
Come n’ save, before I fall apart
لالا لیلی…لالا لیلی….لالا لالالا

I’m so lonely, broken angel
I’m so lonely, listen to my heart
One n’ only, broken angel
Come n’ save, before I fall apart


Arash Feat. Helena – Broken Angel Lyrics

my stori

nak cerita apa ek entri kli nie
????

bersyukur sgt2 sbb my "sakit"
bkan barah or KANSER
ia hnya ketumbuhan

thanx xterhingga to my mom "cik liza"
sbb kluar kan wang tuk pembiayaan dan menjaga ketika sy sakit

5days at PMC(putra medical centre)
day 1-checkup 
day 2 - do operation
day 3 - xsedar2
day 4 - sedar
day 5 - back home 


after balik rumah xleh bgun n gerak sgt
mkn tambah la 
mkn mcm org BERSALIN k

 
tu je nk cerita


my tag

cam nk bersalin dh

ini ketumbuhan dalam perot saya

ketika tidak sedarkan diri lagi

senyum sampai telinga sbb bole balik



now alhamdulillah dah kembali sihat
parut pon besar dapat 
(o_O)

mengikot doktor says : ketumbuhan nie dah ada sejak 3tahun
masalah nya sebelom nie ak xpenah sakit pon
rasa sakit ini wujud ketika sebulan lg ak akan tamatkan diploma
ak mula rasa perot keras mcm mkn yg terlampau byk
asa nk demam
xsedap badan
pas last final paper tuk tamatkn diploma
my family dtg jemput dan pulang ke perlis

selepas seminggu pulang di rumah 
ak baru rasa sakit yg teruk
sampai kan mak terpaksa bwk g byk kelinik

n last PMC

suka

blind d***
awak ensem bbju hitam
(o_o)"
thanx ye pasal td




pacific 


kompuis

aduhhh semua cntik
suma kaler aku berkenan
anybody plizz help me!!!!
i need ur help
dlm semua pix bwh nie yg mna cntik ek???
plizz tlg suggest~

1-pepel gelap
2-merah
4-pink
3-ungu
5-biru