10 JENIS ORANG ISLAM YG KIJAM


Sufyan Atsauri berkata “Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

• Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

• Seorang yang pandai membaca Al-Quran tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat.

• Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.

• Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberi salam dan mendoakan ahli kubur,

• Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian tidak sembahyang jemaah.

• Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

• Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.

• Seorang yang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

• Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan.

• Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.